Dec 18, 2014 • Thursday, December 18, 2014 • 0 comments


Assalamualaikum , hai guys .Today i want to share about how we can care our brain.
Ini pun ambil dengan izin daripada blog orang " This".


1. Wajib mengambil sarapan pagi

Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.

2. Elak makan secara berlebihan

Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.

3. Jangan merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.Contohnya nikotin dan Tar.Setakat ni aku belum jumpa orang yg merokok genius,kawan aku ada jugak merokok tapi pandai boleh boleh la.Kalau dia tak merokok rasanya lagi pandai kot.

4. Elak daripada mengambil gula secara berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.

5. Hidu udara yang bersih

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.Elok duduk kampung,bila pagi tu keluar rumah,fuhhh memang sejuk dan nyaman.Kalau nak rasa stay lah dekat kampung.Make sure kampung korang tu memang memang betul-betul KAMPUNG.

6. Tidur secukupnya, tapi jangan berlebihan

Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.Lagi satu,tidur yang lama boleh menyebabkan obes tau,ini sumber daripada akhbar metro lah.

7. Jangan tidur dengan menutup muka

Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.

8. Sentiasa berimaginasi/berfikir

Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.Maksudnya macam ni,kalau kita sentiasa melatih otak kita dengan berfikir,secara tidak lansung kita akan sentiasa mempunyai idea-idea ketika berfikir.Lagipun sekarang ni kan dah kecoh dengan soalan KBAT kan , macam pt3 and SPM haritu, Nasib baiklah siapa yg dapat jawab soalan KBAT addmath haritu, "MANGKUK" .Manguk betullah aku tak dapat jawab.HAHA


OLD
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Kita akhiri hubungan kita dengan tasbih kifarah dan surah Al Asr :')

Awesome people ♥
Thank for following me


Credits ♥
Kawan sampai mati

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: NAS