assalamualaikum
Assalammualaikum. Cidot nak share
dekat korang, Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding
lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda
terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri,
kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis
kebanyakannya sama. Actually tahh belog mana cidot dah rembat story nieh / hehe . Takpe lupakan , straight to the point .Terdapat beberapa faktor akan menerangkan mengenai 5
punca utama mengapa wanita menangis.
1.Hormon
Seperti yang anda sendiri ketahui,
hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil
terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa
untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk
membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan
mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada
memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada
waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.
2.Manipulasi
Adakah anda perasan bahawa
kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita.
Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan
menyebabkan ada sesetengah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi
sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup
malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata
mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila
sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang
tersembunyi pasti akan terbongkar.
3. Luahan emosi yang ikhlas
Tidak semua wanita menangis kerana
hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita
menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri
ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi
berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan
sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding
lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan
rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki
dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
4. Kemarahan
Tidak sama seperti lelaki, wanita
lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia
merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama
apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan
majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan
melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga
dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi
wanita.
5. Memori
Wanita merupakan makhluk ciptaan
yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini.
Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka
mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka
menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap
detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori
mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang
membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.
adakah kamu bersetuju wahai kaum
hawa ??? jika yes ,betullah tu ..Jika kita bagitahulah . Meh kita kongsi
sama-sama ilmu dan sebarkan kasih sayang serta senyuman kepada kamu
semua. Sampai di sini dulu bye bye . Cidot ^_^
